Nilai dan etika
Visi - Menjadikan nilai dan etika sebagai satu nadi dalam pekerjaan
Misi
- Membentuk pekerja yang berakhlak dan beretika
- Menjadikan sistem pekerjaan yang berasakan kepada nilai-nilai murni
- Mewujudkan pekerja yang bermoral dan beretika sepenuhnya.
Kumpulan sasaran - Pegawai sektor awam dalam kumpulan pengurusan dan professional dan Kumpulan sokongan 1 (Gred 27 dan ke atas).
Objektif kursus
- Menghuraikan tentang aspek nilai an etika dalam perkhidmatan awam;
- Menjelaskan perkara-perkara penting dalam aspek akhlak seseorang dalam organisasi; dan
- Membentuk pelan pelaksanaan bagi pengambilan nilai dan etika dlam organisasi.
Etika didefinisikan sebagai satu standard bagi menentukan betul atau tidak sesuatu perbuatan atau tingkahlaku, selain itu ia untuk Memahami tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesyen terhadap masyarakat. Ia juga perlulah memahami tanggungjawab dan“consequences” tingkahlaku terhadap diri, jabatan dan kerajaan Manakala nilai pula didefinisikan sebagai satu kepercayaan yang mendorong seseorang atau sebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Nilai juga merujuk kepada mutu (standard),taraf dan kualiti.
Nilai dan etika merupakan satu kepentingan dalam menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkahlaku anggota Perkhidmatan Awam. Selain itu, ia menjadi wadah penyatuan dan penyelarasan anggota-anggot Perkhidmatan Awam dan juga merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.
Seseorang penjawat awam perlulah seorang yang amanah, benar, bijaksana, adil, tulus, dan juga bersyukur. Selain itu juga penjawat awam perlulah berazam meninggikan mutu perkhidmatan iaitu bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan, bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara serta bekerjasama dalam membenteraskan kelemahan dan musuh-musuh Negara selain berpegang teguh kepada ajaran agama.
Kandungan kursus
- Pengenalan kepada falsafah nilai dan etika
- Asas pembentukan nilai dan etika
- Pembentukan insan yang berakhlak
- Nilai dan etika dalamperkhidmatan awam
- Pelan pelaksanaan nilai dan etika dalam organisasi.
Pengambilan, pemilihan dan penempatan
Visi - Menjadi sesebuah syarikat yang mengamalkan dasar pengambilan pekerja yang telus
Misi
- Mengambil pekerja yang berdisiplin dan berkemahiran
- Menempatkan mengikut kemahiran dan kelayakan
- Menghasilkan suasana kerja yang ceria dan meningkatkan kualiti kerja dengan pengambilan pekerja yang betul.
Kumpulan sasaran - Pegawai sector awam dalam kumpulan pengurusan dan professional dan kumpulan sokongan 1 (Gred 27 dan ke atas).
Objektif kursus
· Menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil dalam proses pengambilan, pemilihan dan penempatan;
· Menjelaskan tentang kemahian-kemahiran penting dalam menjalankan program pengambilan,pemilihan dan penempatan di organisasi ; dan
· Melaksanakan dan menilai semua program pengambilan, pemilihan dan penempatan dalam organisasi.
Kandungan kursus
· Proses pengambilan, pemilihan, dan penempatan dalam perkhidmatan awam
· Isu,halangan dan masalah dalam proses pengambilan, pemilihan dan penempatan
· Proses orentasi dan sosialisasi
· Amalan-amalan terbaik dalam pengambilan, pemilihan dan penempatan
· Kajian kes
Bengkel pencarian maklumat berkesan.
Visi - Menjadikan semua kakitangan dapat menggunakan computer dan celik teknologi
maklumat (IT)
Misi- Mempercepatkan pemprosesan data dan maklumat.
- Mengurangkan birokrasi dalam perhubungan
- Menerapkan nilai-nilai professional dalam penggunaan IT dalam pencarian maklumat
Kumpulan sasaran
-Kumpulan pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan
objektif
- · Meningkatkan kemahiran mencari maklumat menggunakan pengkalan data
- · Memberi perkhidmatan pertanyaan rujukan yang cemerlang kepada pelanggan
Kandungan kursus
- · Pengenalan kepada teknologi internet dan pangkalan data
- · Teknik-teknik pencarian maklumat melalui internet
- · Penggunaan enjin carian dan carian komputer
- · Perkhidmatan-perkhidmatan maklumat secara atas talian
Bengkel penyampaian perkhidmatan berkesan
Visi - Memastikan jentera pentadbiran kerajaan yang cekap dan berkesan untuk pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan berkesan
Misi
- 1) Supaya semua peringkat pengurusan selesa dan dapat bekerjasama dalam mencapai perkhidmatan yang terbilang
- 2) Manambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan bagi meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat.
- 3) Meningkatkan perkhidmatan kaunter agar lebih berorientasikan dan mesra pelanggan
Kumpulan sasaran - Pegawai sektor awam dalam kumpulan pengurusan dan professional dan kumpulan sokongan 1.
Objektif kursus
- · Menjelaskan konsep penyampaian perkhidmatan dan konsep pelanggan;
- · Mengenalpasti kelemahan-kelemahansistem penyampaian perkhidmatan sector awam dan swasta ;dan
- · Merangka pelan pelaksanaan system penyampaian perkhidmatan berkesan di organisasi.
Huraian objektif
· Menjelaskan konsep penyampaian perkhidmatan dan konsep pelanggan
ü Ini bermaksud perkhidmatan yang harus disediakan oleh organisasi haruslah mesra pelanggan dan tidak menggunakan kaedah birokrasi yang terlampau.
· Mengenalpasti kelemahan-kelemahan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam dan swasta
ü Sektor awam – biasanya perkhidmatan dalam sektor awam lebih kepada karenah birokrasi dan segala urusannya adalah lambat dan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
ü Sektor swasta – biasanya dalam perkhidmatan yang disediakan oleh sektor swasta lebih bagus daripada sektor awam. Hal ini kerana, prosedur yang mereka lakukan adalah cepat dan mesra pelanggan dan sangat memuaskan.
· Merangka pelan pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan berkesan di organisasi.
ü Bagi memastikan perkhidmatan yang berkesan di organisasi, pihak pengurusan haruslah membuat perancangan yang terurus bersama-sama pekerja mereka bagi memastikan karenah birokrasi di orgaisasi tidak timbul dan pelanggan berpuas hati dengan apa yang disediaka oleh organisasi.
kandungan kursus
- · Konsep penyampaian perkhidmatan
- · Pengurusan pelanggan
- · Isu dan cabaran dalam penyampaian perkhidmatan sektor awam.